CHOOSE LANGUAGE

Sunday, May 8, 2011

Roman oh Roman...

Lu ada duit...kereta kalis peluru...jet peribadi...bekas isteri yang jelita...bini baru merupakan bekas seorang pramugari...pasukan bolasepak Chelsea dan macam-macam lagi. Tapi satu benda penting yang gua tau lu takde...otak untuk memikirkan strategi yang mantap. Jadi gua cadangkan lu satu taktikla supaya lu boleh menang Liga Inggeris,Piala Juara Eropah serta piala-piala yang lain dengan mudah dan secara berturut-turut...

1. Tawarkan satu daripada pelantar minyak lu kepada keluarga Glazer dengan Sir Alex Ferguson, Ryan Giggs, Rooney dan Chicarito...berikan bonus istimewa kepada tawaran ini dengan menambah Fernando Torres...Sir Alex Ferguson akan menggantikan Ancelotti sebagai pengurus pasukan dengan gaji yang lumayan
2. Tawarkan satu daripada pelantar minyak lu kepada pemilik pasukan Arsenal untuk mendapatkan Arsene Wenger...Wenger akan memegang jawatan sebagai pengurus pasukan remaja kerana dia amat berbakat dalam perkara tersebut...berikan dia gaji yang lumayan untuk mengelabui matanya...

Amacam Roman...ada mantap tak...tak pun paling senang la...lu beli je la FA English...lagi bagus...beli Sepp Blater sekali...lagi murah gua rasa dari beli Torres yang hanya mampu score sebijik je setakat ni...huh!

Tuesday, April 5, 2011

Pengaruh Rakan Sebaya

Lama betul gua x ngepost...nak wat cemana hidup sebagai student ni agak sibuk...mcm2 nak kena buat...asaimen la...presentation la...war games la...teratur betul hidup gua...

Hari ni gua nak cite pasal pengaruh rakan sebaya. Ce cite...ce cite....

Ada macam-macam pengaruh rakan sebaya...kalau yang merokok tu paham-paham sajala...tabiat ni bermula daripada perasaan eksperimentasi yang meluap-luap apabila melepak bersama- sama rakan sebaya. Masa gua kenal dengan Butter ngan Nirvana dulu pun hasil daripada pengaruh rakan sebaya. Tapi nasib baik kawan-kawan gua adalah jenis yang baik-baik...jadi pengaruh mereka hanya terhad kepada merokok dan tengok bola di kedai mamak sahaja.

Sebenarnya dah lama juga kawan-kawan gua da tak pengaruh gua dengan benda-benda yang tak penah gua buat. Dijadikan cerita, gua pegi melawat kawan-kawan gua yang masih lagi menuntut ilmu di menara gading. Rupa-rupanya mereka ada agenda tersembunyi dalam usaha mengembangkan level kekuatan pengaruh sebaya mereka terhadap gua. Patutla beria-ria talipon gua ajak lepak.




Hasilnya...jiwa grunge gua ada sikit goyang dan gua juga menanam angan-angan untuk belajar bahasa korea sebelum melancong ke korea selatan...kah kah kah



Tuesday, December 21, 2010

Globalisasi

Pengalaman gua dalam dunia blog ni amatla cetek. Kalau nak diumpamakan dengan peribahasa lama "setahun jagung" pun tak layak sebab blog gua ni baru je beberapa bulan je usianya.

Ini dapat dibuktikan secara logik tanpa memerlukan kaedah saintifik pun boleh...lihat sahaja jumlah entri-entri gua sebelum ni...tak produktif langsung! Walaupun begitu blog gua telah pun memasuki pasaran antarabangsa atau dalam bahasa mudahnya globalisasi.

Kenapa...tak percaya!? Sangsi? (ayat macam MLM plak...) Kalau lu orang tak percaya, lu orang pergi bawah banner CUKUP KEMAS tu...lu orang klik bendera-bendera yang tersusun kat atas tu mengikut kata hati lu orang dan dalam sekelip mata, keglobalisasian blog gua akan terbukti....

*
*
*
*
*

Ada can Cukup Kemas jadi Cukup Global tak? kahkahkah

Sunday, December 19, 2010

Cinta Dunia Cyber

Akhir-akhir ni keje gua makin melambak. Serabut kepala dan minda gua. Dunia makan gaji ni menguji kepakaran dan kesabaran. Lebih-lebih lagi apabila anda adalah seorang pekerja mahir (professional worker). Sebagai pengaturcara (programmer) kebanyakan masa gua diluangkan bersama komputer. Baru tadi terima projek baru. Tapi nak bole buat kat komputer sendiri. Kena buat dalam bilik khas. Sulit (confidential) menurut arahan pihak atasan. Gua pun bergerak menuju ke tempat yang diarahkan. "Apa da kena wat keje kat bilik khas plak ni...projek sulit?...kecoh punya kapitalis" berontak suara hati gua. Gua amik masa 10 minit untuk sampai ke 'ofis' baru. Gua masuk dan pelik. Meja sebijik, komputer sebijik air cond sebijik. Gua dah naik pangkat ke? Kalau betul...ada sikit rasa sayang bercambah untuk golongan kapitalis dari dalam hati gua. Dan secara automatik gua tak bole berenti senyum memikirkan gaji baru dan pelan masa depan gua. Dah bole cari jodoh dah ni...

Dengan tidak membuang masa gua pun buka fail projek baru untuk melihat projek yang diberikan. "Projek Pembangunan Sistem Permainan Untuk Aplikasi Sistem Telefon Mudah Alih Pintar"...rupa-rupanya gua nak kena buat 'game' untuk aplikasi iphone dan henpon yang sewaktu dengannya...'"mudah"...suara hati gua yang berlagak berbicara. Gua pun menuju ke meja kerja gua...berhabuk seperti sudah lama ditinggalkan...keyboard berdaki...gua bersihkan...skrin pada monitor gua lap guna tangan...la da dalam keadaan terpasang rupanya..."siapala yang tak off komputer ni"...hati gua tertanya...patutla lama tak dapat bonus...kompeni abis bayar bil letrik je camni...lahabau punya manusia...

Selesai sesi pembersihan...gua terus buka apa yang patut...gua mula buat kod-kod yang perlu untuk pembangunan sistem aplikasi yang diminta oleh golongan kapitalis...dipendek kan ceria...sedang kusyuk gua menaip...secara tiba-tiba keluar kod-kod arahan yang kurang munasabah..."virus ke?"..gua tertanya dan pening...Gua terus melayan arahan-arahan kod tersebut  dengan meggunakan kemahiran pengaturcaraan gua...semakin lama semakin rumit...tiba-tiba skrin dan monitor memancar terang...gua terpaksa menghadang mata gua dengan tangan gua kerana sinaran tersebut amat la terang dan mengancam retina gua...dalam masa yang sama gua terasa tubuh gua seperti disedut-sedut oleh mesin penyedut hampagas....

Segalanya begitu pantas...tadi keadaan bagaikan ribut...kini tenang...gua bukak mata...pedih akibat terdedah kepada cahaya tadi masa terasa...berpinar...gua tengok meja dan 'ofis' baru gua td dah berubah wajah...gua bangun dan bukak pintu 'ofis' gua....semuanya dah lain....dan kelihatan di luar "ofis"...

*
*
*
*
*


-awek ni da tunggu gua kat luar ofis...huh...mengancam!


- awek ni pun sama tunggu sekali...nice!



-ofis gua yang berjaya menemukan gua dengan gadis2 tersebut...haish!


-gua pi keje naik moto ni dalam dunia baru gua...


p/s - Gua ingat nak amik lagi satu ijazah...Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (majoring programming)..



Sunday, November 28, 2010

Penang trip (28-29 November 2010)

                        -Gambaq ini ditaja oleh cikot-

Sesi makan malam bersama Pak Bulat dan AJK Pasemboq.

Hadirin: Gua, Farid, Badut, Pak Bulat, Syamong, Alap SongklaJohn serta Cikot.


Lokasi: Padang Kota Lama (medan selera depan pantai).

Menu Utama: pasemboq, sotong kangkung dan kerang bakaq, sotong bakaq.

Menu sampingan: ais kacang.

- entri kali ni gua selitkan asas bahasa Penang kerana perkaitannya terhadap lokasi kejadian. 

Friday, November 26, 2010

Steven Stolen

Kalau zaman sebelum rennaisance dicatatkan sebagai sejarah zaman gelap dalam buku teks sejarah menengah rendah...gua rasa gua bole kategori kan zaman diploma gua sebagai zaman gelap versi zaman moden. Zaman ni yang penting sekali ialah rokok...kemudian diikuti pula oleh counter strike dekat Cyber cafe biru...seterusnya sesi terjah bola snuker di atas kafe zahrah ataupun belakang restoran rafi (pioneer kepada rafi bistro).


Sesi makan nasi di kedai  itu tidak begitu diutamakan kerana bekalan mi segera sentiasa berada di tahap mencukupi. Nak masak sendiri memang takla.Alasannya kedai jual beras iaitu Giant berada jauh daripada hostel dan sukarelawan untuk membasuh periuk nasik memang tiada.

Zaman ni, komputer boleh dibawa ke hostel, namun begitu talian broadband tidak wujud lagi dan talian internet pula tidak disertakan bersama yuran kolej dan kediaman yang mencecah ribuan ringgit. Oleh itu bentuk-bentuk hiburan untuk kepuasan rohani adalah terhad dalam bentuk counter strike, snuker dan CD cetak rompak.

Maka, pada suatu hari yang kini telah pun menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah hidup gua, gua pun pergilah menjenguk sahabat gua, Razali Jailani (bukan nama sebenar) yang berada di bilik hadapan gua. Berikut adalah sesi perbualan gua ngan Razali Jailani:

Razali Jailani: aku baru pinjam CD movie dari bilik hujung...jom layan

Gua: ok la tu, sape berlakon?

Razali Jailani: cite best ni, Steven Stolen berlakon..

Gua: "Steven Stolen?sape tu?pelakon kanada ke?tak pernah dengar pun...

Razali Jailani: apa la ko ni tinggal KL pun tak kenal...tu la layan cite sembilu lagi...(sambil menekan butang play windows media player.

Selepas 2 minit cerita pun bermula...

Gua: Mana dia Steven Stolen ko?

Razali Jailani: Japla...hero keluar mesti penuh gaya...hah tu dia Steven Stolen (sambil menunjukkan watak hero yang baru sahaja muncul di monitor). Seperti kata member gua tadi, hero memang muncul memang dengan penuh gaya...apabila hero tersebut memulakan bicara, jelas sekali walaupun dia jadi hero, manusia tidak sempurna...bila berdialog, mulut  hero tu senget benget.

*
*
*
*
*

Gua: Tu bukan Steven Stolen la bodo...

Razali Jailani: Abis tu sape? Steven Stolen la ni..

Gua: itu SYLVESTER STALLONE  la sial!

-kalau ikutkan Razali Jailani...ko da bole dapat nama pentas baru da pakcik!








Drag King

Warna - Flat Black (ala skarang baru nak jadi trend)

Rim sukan - jenis tidak dapat dikenalpasti...tapi lengkap terpasang di kedua bahagian  roda

Tayar - tayar mati...kompem tidak bocor

Kuasa kuda@Horse power - bergantung kepada kuasa  dan kelajuan kayuhan kaki

Break - belakang dan depan dan dijanakan oleh tangan...untuk emergency guna kaki (pastikan selipar, capal atau sepatu dipakai)

Siri Kejuaraan - undefeated and undisputed (sekitar kawasan tadikan yume dan kawasan berdekatan)

Pungutan mata atau pingat - tiada (kategori jalanan tanpa pendaftaran)

Pungutan jersi - semua warna termasuk jersi polkadot

Kali terakhir beraksi - 1989

Punca tamat karier - kemunculan generasi baru

Maka bermulalah...

Akhirnya terjerumus juga gua dalam dunia blog...dunia ekspresi diri melalui e-media menurut bicara mereka yang berpengalaman dalam dunia blog ini.

Bermulanya gua memblog ni juga di atas galakan daripada pensyarah gua sebagai assignment.

Bukanlah sombong kerana tidak bermula sebelum ni cuma segan atas alasan yang tidaklah perlu dinyatakan di sini.

Apa pun gua dah ada blog skarang...gila lah! 

So skarang ni gua bukan la dalam golongan buta informasi teknologi lagi lah nampaknya...taraf hidup naik setingkat lagi....mantap!

Amacam? Ada macho?...heh!