CHOOSE LANGUAGE

Tuesday, April 5, 2011

Pengaruh Rakan Sebaya

Lama betul gua x ngepost...nak wat cemana hidup sebagai student ni agak sibuk...mcm2 nak kena buat...asaimen la...presentation la...war games la...teratur betul hidup gua...

Hari ni gua nak cite pasal pengaruh rakan sebaya. Ce cite...ce cite....

Ada macam-macam pengaruh rakan sebaya...kalau yang merokok tu paham-paham sajala...tabiat ni bermula daripada perasaan eksperimentasi yang meluap-luap apabila melepak bersama- sama rakan sebaya. Masa gua kenal dengan Butter ngan Nirvana dulu pun hasil daripada pengaruh rakan sebaya. Tapi nasib baik kawan-kawan gua adalah jenis yang baik-baik...jadi pengaruh mereka hanya terhad kepada merokok dan tengok bola di kedai mamak sahaja.

Sebenarnya dah lama juga kawan-kawan gua da tak pengaruh gua dengan benda-benda yang tak penah gua buat. Dijadikan cerita, gua pegi melawat kawan-kawan gua yang masih lagi menuntut ilmu di menara gading. Rupa-rupanya mereka ada agenda tersembunyi dalam usaha mengembangkan level kekuatan pengaruh sebaya mereka terhadap gua. Patutla beria-ria talipon gua ajak lepak.




Hasilnya...jiwa grunge gua ada sikit goyang dan gua juga menanam angan-angan untuk belajar bahasa korea sebelum melancong ke korea selatan...kah kah kah



1 comment: