CHOOSE LANGUAGE

Sunday, December 19, 2010

Cinta Dunia Cyber

Akhir-akhir ni keje gua makin melambak. Serabut kepala dan minda gua. Dunia makan gaji ni menguji kepakaran dan kesabaran. Lebih-lebih lagi apabila anda adalah seorang pekerja mahir (professional worker). Sebagai pengaturcara (programmer) kebanyakan masa gua diluangkan bersama komputer. Baru tadi terima projek baru. Tapi nak bole buat kat komputer sendiri. Kena buat dalam bilik khas. Sulit (confidential) menurut arahan pihak atasan. Gua pun bergerak menuju ke tempat yang diarahkan. "Apa da kena wat keje kat bilik khas plak ni...projek sulit?...kecoh punya kapitalis" berontak suara hati gua. Gua amik masa 10 minit untuk sampai ke 'ofis' baru. Gua masuk dan pelik. Meja sebijik, komputer sebijik air cond sebijik. Gua dah naik pangkat ke? Kalau betul...ada sikit rasa sayang bercambah untuk golongan kapitalis dari dalam hati gua. Dan secara automatik gua tak bole berenti senyum memikirkan gaji baru dan pelan masa depan gua. Dah bole cari jodoh dah ni...

Dengan tidak membuang masa gua pun buka fail projek baru untuk melihat projek yang diberikan. "Projek Pembangunan Sistem Permainan Untuk Aplikasi Sistem Telefon Mudah Alih Pintar"...rupa-rupanya gua nak kena buat 'game' untuk aplikasi iphone dan henpon yang sewaktu dengannya...'"mudah"...suara hati gua yang berlagak berbicara. Gua pun menuju ke meja kerja gua...berhabuk seperti sudah lama ditinggalkan...keyboard berdaki...gua bersihkan...skrin pada monitor gua lap guna tangan...la da dalam keadaan terpasang rupanya..."siapala yang tak off komputer ni"...hati gua tertanya...patutla lama tak dapat bonus...kompeni abis bayar bil letrik je camni...lahabau punya manusia...

Selesai sesi pembersihan...gua terus buka apa yang patut...gua mula buat kod-kod yang perlu untuk pembangunan sistem aplikasi yang diminta oleh golongan kapitalis...dipendek kan ceria...sedang kusyuk gua menaip...secara tiba-tiba keluar kod-kod arahan yang kurang munasabah..."virus ke?"..gua tertanya dan pening...Gua terus melayan arahan-arahan kod tersebut  dengan meggunakan kemahiran pengaturcaraan gua...semakin lama semakin rumit...tiba-tiba skrin dan monitor memancar terang...gua terpaksa menghadang mata gua dengan tangan gua kerana sinaran tersebut amat la terang dan mengancam retina gua...dalam masa yang sama gua terasa tubuh gua seperti disedut-sedut oleh mesin penyedut hampagas....

Segalanya begitu pantas...tadi keadaan bagaikan ribut...kini tenang...gua bukak mata...pedih akibat terdedah kepada cahaya tadi masa terasa...berpinar...gua tengok meja dan 'ofis' baru gua td dah berubah wajah...gua bangun dan bukak pintu 'ofis' gua....semuanya dah lain....dan kelihatan di luar "ofis"...

*
*
*
*
*


-awek ni da tunggu gua kat luar ofis...huh...mengancam!


- awek ni pun sama tunggu sekali...nice!



-ofis gua yang berjaya menemukan gua dengan gadis2 tersebut...haish!


-gua pi keje naik moto ni dalam dunia baru gua...


p/s - Gua ingat nak amik lagi satu ijazah...Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (majoring programming)..



3 comments: