CHOOSE LANGUAGE

Friday, November 26, 2010

Steven Stolen

Kalau zaman sebelum rennaisance dicatatkan sebagai sejarah zaman gelap dalam buku teks sejarah menengah rendah...gua rasa gua bole kategori kan zaman diploma gua sebagai zaman gelap versi zaman moden. Zaman ni yang penting sekali ialah rokok...kemudian diikuti pula oleh counter strike dekat Cyber cafe biru...seterusnya sesi terjah bola snuker di atas kafe zahrah ataupun belakang restoran rafi (pioneer kepada rafi bistro).


Sesi makan nasi di kedai  itu tidak begitu diutamakan kerana bekalan mi segera sentiasa berada di tahap mencukupi. Nak masak sendiri memang takla.Alasannya kedai jual beras iaitu Giant berada jauh daripada hostel dan sukarelawan untuk membasuh periuk nasik memang tiada.

Zaman ni, komputer boleh dibawa ke hostel, namun begitu talian broadband tidak wujud lagi dan talian internet pula tidak disertakan bersama yuran kolej dan kediaman yang mencecah ribuan ringgit. Oleh itu bentuk-bentuk hiburan untuk kepuasan rohani adalah terhad dalam bentuk counter strike, snuker dan CD cetak rompak.

Maka, pada suatu hari yang kini telah pun menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah hidup gua, gua pun pergilah menjenguk sahabat gua, Razali Jailani (bukan nama sebenar) yang berada di bilik hadapan gua. Berikut adalah sesi perbualan gua ngan Razali Jailani:

Razali Jailani: aku baru pinjam CD movie dari bilik hujung...jom layan

Gua: ok la tu, sape berlakon?

Razali Jailani: cite best ni, Steven Stolen berlakon..

Gua: "Steven Stolen?sape tu?pelakon kanada ke?tak pernah dengar pun...

Razali Jailani: apa la ko ni tinggal KL pun tak kenal...tu la layan cite sembilu lagi...(sambil menekan butang play windows media player.

Selepas 2 minit cerita pun bermula...

Gua: Mana dia Steven Stolen ko?

Razali Jailani: Japla...hero keluar mesti penuh gaya...hah tu dia Steven Stolen (sambil menunjukkan watak hero yang baru sahaja muncul di monitor). Seperti kata member gua tadi, hero memang muncul memang dengan penuh gaya...apabila hero tersebut memulakan bicara, jelas sekali walaupun dia jadi hero, manusia tidak sempurna...bila berdialog, mulut  hero tu senget benget.

*
*
*
*
*

Gua: Tu bukan Steven Stolen la bodo...

Razali Jailani: Abis tu sape? Steven Stolen la ni..

Gua: itu SYLVESTER STALLONE  la sial!

-kalau ikutkan Razali Jailani...ko da bole dapat nama pentas baru da pakcik!








1 comment:

  1. hadoii ini mcm pon ada ka? memalukan pihak universiti btol la..kan ke pusat tersebut byk melahirkan bintang2 hiburan tanahair

    ReplyDelete