CHOOSE LANGUAGE

Sunday, May 8, 2011

Roman oh Roman...

Lu ada duit...kereta kalis peluru...jet peribadi...bekas isteri yang jelita...bini baru merupakan bekas seorang pramugari...pasukan bolasepak Chelsea dan macam-macam lagi. Tapi satu benda penting yang gua tau lu takde...otak untuk memikirkan strategi yang mantap. Jadi gua cadangkan lu satu taktikla supaya lu boleh menang Liga Inggeris,Piala Juara Eropah serta piala-piala yang lain dengan mudah dan secara berturut-turut...

1. Tawarkan satu daripada pelantar minyak lu kepada keluarga Glazer dengan Sir Alex Ferguson, Ryan Giggs, Rooney dan Chicarito...berikan bonus istimewa kepada tawaran ini dengan menambah Fernando Torres...Sir Alex Ferguson akan menggantikan Ancelotti sebagai pengurus pasukan dengan gaji yang lumayan
2. Tawarkan satu daripada pelantar minyak lu kepada pemilik pasukan Arsenal untuk mendapatkan Arsene Wenger...Wenger akan memegang jawatan sebagai pengurus pasukan remaja kerana dia amat berbakat dalam perkara tersebut...berikan dia gaji yang lumayan untuk mengelabui matanya...

Amacam Roman...ada mantap tak...tak pun paling senang la...lu beli je la FA English...lagi bagus...beli Sepp Blater sekali...lagi murah gua rasa dari beli Torres yang hanya mampu score sebijik je setakat ni...huh!

2 comments:

  1. huh! marah sungguh bunyinya tu...

    ReplyDelete
  2. bukan marah...gua kecewa..kalah melawan xpe la...ini mcm tak main je semalam...baik tengok team yang lepak kat bawah awal2 pastu buat gempak naik sampai atas...kahkahkah

    ReplyDelete